KOMANDAN DAN 37 PRAJURIT DARI KOREA SELATAN MEMELUK ISLAM: Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF,tentera pengaman PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil,Utara Iraq.Saat bertugas di wilayah tersebut,ia sering melihat orang-orang Muslim solat secara berjama'ah di masjid.Dan kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid.Gerakan dalam solat menarik perhatiannya dan mula membuat kajian tentang gerak solat.
Dan dengan perasaan dan semangat ingin tahu,Kapten San Jin-Gu meniru seluruh gerakan solat dan melakukannya di bilik tidur di kemnya.Beliau merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya setiap kali melakukan gerak solat.Inisiatif Kapten San Jin-Gu mengadakan program meditasi gerakan solat sebagai memberi ketenangan untuk anggota-anggota bawahannya juga memberi impak positif.Di mana anggota-anggota Brigade-11SF juga berasa tenang dan tertarik dengan gerak solat yang dipraktik oleh orang-orang Islam semasa mengadap yang-Esa.Semenjak dari itu Kapten San Jin-Gu mengambil inisiatif mempelajari dan mendalami ilmu Islam dengan lebih dekat lagi.Dan dengan petunjuk dan hidayah Allah S.W.T.,beliau memilih untuk memeluk Islam.Ketika beliau menyatakan keinginannya untuk memeluk Islam kepada perajurit-perajuritnya dengan berkata "Aku telah bertemu dengan cahaya kehidupan yang indah,Dan aku senantiasa ingin berada dalam cahaya yang indah itu.Cahaya yang indah itu adalah Islam sahabatku semua".Tanpa diduga dan spontan,semua 37 perajuritnya juga berdiri mengangkat tangan sebagai tanda ingin mengikut jejak langkah Kapten San Jin-Gu,iaitu memeluk Islam. ALLAH-HUAKBAR!!
No comments:
Post a Comment