Pages

Sunday, November 6, 2011

Kebaikan Muammar Gaddafi Yang Tidak Ada Pada Diktator Lain



Media antarabangsa, yang masing-masing dipengaruhi oleh Amerika Syarikat dan Britain melalui lidah rasmi mereka, CNN dan BBC, telah berjaya melabelkan Gaddafi sebagai seorang diktator yang tegar dan zalim. Seperti biasa, media berkenaan tidak akan mendedahkan sebarang kebaikan Gaddafi semasa pemerintahannya. Gaddafi tidak seperti diktator lain, berjaya menunjukkan sifat perikemanusiaan, yang selama ini tidak pernah didengari.
Adakah kedatangan demokrasi ke bumi Libya mampu untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya setelah rejim Gaddafi kecundang? Hanya masa yang akan menentukan jawapannya. Sementara itu, berikut merupakan fakta-fakta yang tidak diketahui oleh masyarakat dunia mengenai pemerintah diktator Libya, Muammar Gaddafi (pemimpin UmporNO Be eNd boleh buat ke?? Runtuhla langit jawabnye…) :




1. Tiada bil elektrik di Libya.
Elektrik adalah percuma untuk semua rakyatnya. Sumber eletriknya dibekalkan oleh syarikat kepunyaan Negara sendiri (sori beb, IPP tak main beb…) iaitu General Electric Company of Libya (GECOL).

2. Tiada faedah ke atas pinjaman bank.
Bank-bank di Libya adalah milik kerajaan dan pinjaman diberikan kepada semua warganegara pada kadar faedah 0% oleh undang-undang.



Central Bank of Libya (Bank Negara Libya)


3. Rumah dianggap sebagai hak asasi manusia di Libya.
Gaddafi berikrar bahawa ibu bapanya tidak akan mendapat rumah sehingga semua orang di Libya mempunyai rumah. Bapa Gaddafi meninggal dunia semasa dia, isterinya dan ibunya masih lagi tinggal di khemah.




4. Pengantin baru menerima 60,000 Dinar (USD 50,000).
Semua pasangan pengantin baru di Libya menerima 60,000 Dinar oleh kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama mereka bagi memulakan hidup berkeluarga.

5. Pendidikan dan rawatan perubatan percuma.
Sebelum Gaddafi memerintah Libya, hanya 25% rakyatnya celik huruf. Hari ini, angka tersebut meningkat kepada 83%.

6. Peladang mendapat bantuan percuma.
Sekiranya rakyat Libya ingin menceburkan diri dalam bidang perladangan, mereka akan menerima tanah ladang, rumah ladang, peralatan, benih dan ternakan secara percuma.

7. Kemudahan pendidikan dan rawatan luar negara.
Sekiranya perkhidmatan pendidikan dan rawatan yang diperlukan oleh rakyat di Libya tiada, kerajaan akan menanggung perbelanjaan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut di luar negara, termasuk penginapan berjumlah USD 2,300 sebulan dan elaun kereta, secara percuma.

8. Subsidi kereta.
Di Libya, kerajaan akan memberi subsidi pembelian kereta sebanyak 50% daripada harga kereta berkenaan.




Bandar Tripoli



9. Harga petrol yang rendah.
Harga petrol di Libya ialah USD 0.14 seliter.
10. Hasil jualan minyak diagihkan kepada rakyat.
Sebahagian hasil jualan minyak Libya akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank semua rakyat Libya.



National Oil Corporation of Libya



11. Hutang dan Rizab.
Libya tidak mempunyai hutang di luar negara dan mempunyai rizab berjumlah USD 150 bilion.

12. Graduan menganggur mendapat gaji.
Sekiranya seseorang rakyat Libya gagal mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian, kerajaan akan membayar graduan berkenaan “gaji” purata mengikut profession yang layak, seolah-oleh graduan berkenaan sedang bekerja, sehingga mendapat pekerjaan yang sebenar.

13. Elaun melahirkan anak.
Seorang ibu yang melahirkan anak akan menerima USD 5,000

14. Harga makanan yang rendah.
Harga 40 buku roti di Libya hanya berjumlah USD 0.15.

15. Rakyat berpendidikan tinggi.
Sebanyak 25% daripada rakyat Libya mempunyai ijazah universiti.

16. Projek pengairan.
Gaddafi melaksanakan projek pengairan yang terbesar di dunia, yang dikenali sebagai projek “Great Man-Made River” (GMR), untuk memastikan bekalan air sentiasa ada di seluruh Libya yang di mana kebanyakan kawasan negara ini adalah padang pasir Sahara yang kering kontang.



Plan dan Peta Great Man-Made River Libya


No comments:

Post a Comment