Pages

Wednesday, November 30, 2011

BERDENGKUR DAN PUNCANYA

Berdengkur dikalsifikasikan sebagai bunyi bising semasa bernafas.Ianya berlaku disebabkan oleh berlaku penyempitan di sebahagian saluran pernafasan.



Ianya berlaku akibat dari sekatan di saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan di bahagian hidung seseorang.Bunyi berdengkur berlaku apabila tisu-tisu di saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain.Berdengkur akan bertambah kerap mengikut umur.


Sebab-sebab berdengkur

Ianya berlaku disebabkan kelemahan di bahagian otot-otot lidah,lelangit dang juga tekak.Apabila otot-otot tersebut lemah maka lidah kan tertolak ke belakang dan dan menutupi saluran pernafasan.Ianya juga boleh terjadi sekiranya otot tekak tertarik masuk ke dalam saluran tekak dan sterusnya berlaku sekatan di saluran atas pernafasan.

Uvala (anak tekak) yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan pernafasan dari hidung ke tekak.Getaran yang berlebihan dari tisu tersebut akan mengakibatkan dengkuran.Saluran pernafasan yang mudah tersekat juga boleh mengakibatkan dengkuran.

Hidung yang mudah tersumbat dan kerap mengalami kesukaran bernafas menyebabkan individu tersebut lebih kerap menyedut udara untuk bernafas.Ini menyebabkan ruang vakum yang berlebihan di bahagian tekak dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam sehingga mengakibatkan dengkuran.Batang hidung yang bengkok dan jangiktan sinus juga boleh menjadi punca kepada dengkuran.



Komplikasi berdengkur


Berdengkur juga boleh mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'Sleep Apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika semasa ia tidur.'Sleep Apnea' adalah merbahaya dan memerlukan rawatan segera.



SARANAN BAGI ORANG YANG KUAT BERDENGKUR

1) Kurangkan berat badan anda sekiranya anda mengalami obesiti yang berlebihan
2) Kurangkan pengambilan minuman yang beralkohol dan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk
3) Jangan mengambil 'Tranquilizer' ,pil tidur dan 'Antihistamina' sebelum tidur
4) Amalkan tidur pada waktu yang tetap
5) Biasakan diri tidur dalam posisi mengiring.Ianya juga adalah sunnah Rasulullah S.A.W
6) Tinggikan kepalakatil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.



No comments:

Post a Comment