Pages

Wednesday, November 30, 2011

RENUNGAN : SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT

Orang yang tidak bersolat akan melalui dan menghadapi 15 seksaan.6 daripadanya akan diterima ketika masih berada di dalam dunia.Seterusnya 3 seksaan itu akan dihadapi ketika bertemu ajal.3 seksaan lagi akan dilalui ketika di alam kubur @ alam Barzakh.Dan selebihnya akan dihadapi di hari akhirat kelak.


Seksaan semasa di dunia :

i) Di angkat berkat pada umurnya
ii) ALLAH S.W.T akan memadam tanda-tanda orang yang beriman di wajahnya
iii) Semua amalannya tidak diterima ALLAH S.W.T
iv) Segala doanya tidak akan dimakbulkan sama sekali
v) Tidak ada keberkatan pada rezekinya
vi) KeIslamannya tidak diterima ALLAH S.W.T sama sekali


Seksaan semasa ajal:

i) Mati dalam keadaan hina
ii) Mati dalam keadaan kehausan yang amat sangat sehingga jika de beri segala air yang ada di muka bumi ini tidak dapat menghilangkan kehausannya
iii) Malaikat Izrail tidak memberi belas kasihan semasa rohnya ditarik keluar



Seksaan semasa di alam Barzakh @ kubur

i) Kuburnya disempitkan
ii) Dipanggang di dalam api yang dinyalakan khas di dalam kubur untuk mereka yang meninggalkan solat
iii) Akan di patuk oleh satu ular yang bernama Syuja'u Aqra'



Seksaan di hari akhirat

i) Hisab dosa akan menjadi seberat-beratnya
ii) Akan di beri ALLAH S.W.T dengan pandangan murka
iii) Di seksa dengan azab yang sangat pedih di neraka


Jadi renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabatku sekalian...

No comments:

Post a Comment